学校历史

Sejarah Penubuhan Sekolah

          Pada zaman darurat, ramai penduduk kaum Cina yang tinggal di sekitar tiga hingga enam kilometer dari pekan Gemas telah dipindahkan ke Kampung Baru ini oleh pihak berkuasa bagi memerangi pengaruh komunis.
         
          Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1952 dan dikenali sebagai SRJK (C ) Sin Min Kg. Baru Gemas.  Ia ditubuhkan oleh “Goodwill Committee”.  Kawasan sekolah ini seluas 3 ekar.  Tiga buah bilik darjah dan dua buah rumah guru  didirikan daripada kayu papan.  Encik Chew Jin Pian, Guru Besar  yang pertama  dan 3 orang guru telah memulakan sekolah ini dengan lima puluh orang murid.


        Sejarah Perkembangan Sekolah

         Pada masa sekolah ini ditubuhkan, hanya terdapat kelas untuk Darjah Satu, Dua dan Tiga sahaja. Pada tahun 1961, kelas untuk Darjah Empat, Lima dan Enam diadakan  Pada tahun 1994, sebuah bangunan dua tingkat yang terdiri daripada  6 buah bilik darjah, 4 buah tandas,sebuah stor telah dibina untuk menggantikan tiga buah bilik darjah yang lama.


       Pada tahun 2013, sekolah ini mempunyai murid seramai 89 orang , 13 orang guru, termasuk guru besar dan seorang guru agama, seorang pembantu tadbir, seorang pembantu operasi,   dua orang pembantu awam dan lima orang pekerja swasta. Murid sekolah ini kebanyakan terdiri daripada kaum Cina .

       Penutup
     
Walaupun sekolah ini berada di kawasan terpencil, namun dapat melahirkan murid yang cemerlang  di peringkat sekolah menengah dan juga peringkat universiti .

没有评论:

发表评论